Program Learning dan Pendaftaran Portal eKelas Sesi 2

15 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Program Learning dan Pendaftaran Portal eKelas bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menyertai eKelas iaitu program pembelajaran secara digital yang dianjurkan oleh Maxis.

Sepanjang sesi program berlangsung, pelajar didedahkan dengan apa sebenarnya program eKelas dan cara menggunakan portal eKelas. Portal ini memudahkan para pelajar mengulangkaji pelajaran, berinteraksi dengan kawan-kawan dari Pusat Internet di seluruh Malaysia dan juga berinteraksi dengan cikgu secara atas talian.

Diharap dengan penyertaan eKelas ini dapat membantu para pelajar memperoleh keputusan yang baik dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali